Jul 04, 2022 - FASPasukan Belia Selangor kini berada di tangga teratas carta Kumpulan B saingan Piala Belia 2022 dengan 20 mata terkumpul daripada sembilan perlawanan.
20 mata tersebut adalah daripada enam kemenangan, dua seri dan satu kekalahan yang dicatatkan pada musim ini. Kini, pasukan bawah 19 tahun ini hanya berbaki dua perlawanan sahaja lagi sebelum dinobatkan menjadi juara Kumpulan B untuk musim ini.
Dibawah ini adalah jadual perlawanan tersebut:-
6 Julai, 4.45pm - JDT VI vs BELIA SELANGOR
13 Julai, 4.45pm - SELANGOR FC vs KL CITY FC
Berikut pula adalah keputusan dua perlawanan terkini pasukan Belia Selangor:-
MELAKA UNITED FC 0-0 BELIA SELANGOR
BELIA SELANGOR 0-1 UiTM FC
AMD B16 0-3 BELIA SELANGOR
*Afiq Amsyar (OG) 2'
*Danish Irfan 35'
*Amirul Haziq 85'
NEGERI SEMBILAN FC 0-0 BELIA SELANGOR
BELIA SELANGOR 2-0 MELAKA UNITED FC
*Harry Danish 40'
*Faris Izzat 49'
UiTM FC 0-0 BELIA SELANGOR
BELIA SELANGOR 3-1 AMD B16
*Khairil Zain 22'
**Harry Danish 40' 69'
Selangor FC berharap pasukan Belia Selangor akan terus mengekalkan momentum keputusan cemerlang untuk mempertahankan takhta juara Kumpulan B sehingga tamat perlawanan pada 13 Julai nanti. Ayuh Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!